Monday 14 February 2011

mesir bergolak


Pemimpin Yang Adil Sangat Dikendaki
Penyelamat Umat Dunia dan Akhirat
Tiada Keadilan Umat Kan Huru Hara
Pemimpin
Menanggung Dosa Rakyatnya


Pemimpin Yg Adil Orgnya Tawaddu
Boleh Duduk Sama Dgn Rakyat-rakyatnya
Kehidupannya Tidak Jauh Beza Dgn Rakyatnya
Kepentingan Rakyat Lebih Utama

Dia Boleh Ditegur Oleh Rakyat-rakyatnya
Kasih SaYang Teserlah Di Mukanya
Sombong dan Takabur Tiada Pada Dirinya
Rakyat Taat dan SaYang Padanya

Kepentingan Rakyat Sangat Dijaga
Wang Rakyat dan Negara Tidak Disalah Guna
Rasuah dan Kemungkaran Sangat Dijauhinya
Rakyat Diajak Mentaati Allah

Pemimpin Yang Adil Mengutamakan Akhirat
Mengingatkan Rakyat Tipu Dunia
Akhlak Yang Mulia Pakaian Dirinya
Rakyat Hormat Bukan Takut Padanya

Pemimpin-Pemimpin Di Akhir Zaman
Kebanyakkan Pencetus Huru Hara
Untuk Melindungi Kesalahan Dirinya
Dia Tuduh Orang Melakukannya

Alhamdulillah………………….

Akhirnya ana dapat juga balik ke tanah air dengan selamat setelah beberapa hari terperap kat dalam rumah Sabah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bosan dan tekanannya ana duduk dalam rumah tu tanpa sebarang kerja. Tapi dalam ana rasa bosan dan ketakutan(adalah rasa sikit) ana rasa seronok juga sebab bila lagi nak dapat pengalaman macam tu. Yelah kalau tak de macam tu sampai sekarang ana takkan dapat peluang tengok kereta kebal depan mata. Macam tak percaya je.

ha macam nila rupa kereta kebal yang ana nampak depan mata na semasa perjalanan ana ke airport

Sebenarnya bila ana nampak tempat ana belajar macam tu ana rasa sedih juga. Yalah walaupun Egypt tu bukan negara ana tapi ana dah anggap Egypt tu sebagai negara kedua ana. Yalah hanya Malaysia dan Egypt je negara yang ana pernah jejak. So Egypt tu kira negara kedua ana lah.

Kalau melihat kepada keadaan di Egypt tu memang ana tak setuju dengan apa yang di lakukan oleh rakyat Egypt. Yalah mereka dahlah tak patuh pada pemimpin rosakkan khazanah dorang pula. Yang sangat berharga dan menjadi tumpuan dunia pulak tu. Pembaca nak tahu apa yang ana maksudkan ni? Mereka dah rosakkan barang kat muzium. Mumia kalau ana tak silap. Ana pun tak sempat nak tengok. Sayang sekali. Lepas tu apa yang dorang buat tu buat ana dan sahabat-sahabat lain rasa tak selamat nak keluar rumah. Nak beli makanan kat rumah bawah pun susah. Malam pulak kena matikan lampu. Terpaksa ana tidur kat bilik sahabat ana. Yelah ana bukannya boleh tidur gelap sangat. Satu lagi. Sebab benda ni ana dan sahabat-sahabat yang lain tak dapat pergi Sinai. Yang lagi mengecewakan dah bayar dan pergi taklimat dah. Punya giler best trip tu kalau ikut cerita abang yang jadi ajk tu. Tapi nak buat macam mana. Sinai merupakan salah satu tempat yang agak rancak juga rusuhan. Lepas tu dahlah tak dapat pergi Sinai pameran buku pun tak dapat. Ingatkan tahun ni nak cari buku physiology dan novel melayu. Tapi dalam mimpi jelahhhhhhhh. Eeeeeeeeeeee. Gerammmmmmm.

betul-betul rakyat mesir nak kerajaan tahu yang mereka tengah marah

Tapi kalau ana fikir balik ada betulnya dorang tu buat macam tu. Yelah. 30 tahun kena tindas. Siap ada statement “rich become richer and poor become poorer “(ntah betul ke tidak English aku ni). Kesian juga bila dengar statement tu. Tapi bagi ana statement tu memang ada betulnya bila ana lihat dan selami sendiri kehidupan masyarakat Egypt. Mengikut apa yang ana lihat dekat CNN baru-baru ni pendapatan masyarakat Egypt yang berstatuskan poverty kurang dari 2 dollar sehari. Kalau kita convertkan kepada RM kurang dari RM 8 sehari. Apa jelah yang mereka dapat makan dengan pendapatan sebegitu. Yang lagi membuatkan ana sangat-sangat menyokong tindakan rakyat Egypt bersuara setelah 30 tahun ialah merekan seolah-olah tak de langsung jabatan-jabatan yang ditubuhkan untuk membela rakyat-rakyat yang berstatus below poverty. Lepas tu peratus rakyat yang poverty kalau ana tak silap lebih dari peratus orang yang besederhana dan kaya. So ana rasa statement “rich become richer and poor become poorer “ memang satu statement yang dapat di sangkal lagi. Kesian rakyat Egypt. Lepas tu ni senior ana ada cerita. Ana tak tahulah betul ke tidak. Tapi buat apa la senior ana tu nak bohong. Mengikut cerita senior ana gaji seorang doktor kat Egypt yang fresh gradute hanya LE 400 sahaja. WHATTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!punya lah susah nak belajar medik tu LE 400 je gaji? Kalau dah ambil master dan phD tu boleh la dapat LE1000. Itu pun kalau nasib. Nasib ok. So not surelah. Doktor kepada senior ana terpaksa tidur hanya 2 jam je sehari untuk dapat pendapatan lebih. Kesiannya. Tapi ana rasa apa yang senior ana cerita tu betul. Buktinya ana pernah nampak dua orang doktor ana pandu sebuah kereta. Pada awalnya ana langsung tak percaya yang itu adalah doktor ana. Yelah. Tak de rupa kereta doktor langsung. Once again kesiannnnnnnnnnn. (apa-apa yang ana cerita ni bukan dari statistic yang di keluarkan mana-mana pihak tapi dari apa yang ana nampak dan doktor-doktor ana cerita ke ana sendiri. Bagi ana sumber macam ni lagi boleh percaya)

Ha nilah akibatnya bila kita sebagai rakyat tersalah memilih pemimpin. Ok. Ana tahu rakyat tak patut di persalahkan sebab rakyat manalah tahu pemimpin akan buat macam tu. So sekarang orang yang paling wajar di persalahkan ialah pemimpin itu sendiri. Ok ini pada pendapat ana sendiri. Seorang pemimpin tu mestilah mengutamakan rakyatnya. Kita ambil contoh kemimpinan Rasulullah sendiri. Baginda sentiasa mengutamakan rakyatnya. Buktinya Rasulullah tak kaya melebihi rakyat. Baginda juga tidak menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Ketika baginda nak wafat pun baginda masih memikirkan nasib ummatnya. Kalau ada pemimpin yang membaca artikle ana ni harap dapat renung dan muhsabah diri dengan petikan lagu dari ni:

Kepentingan Rakyat Sangat Dijaga
Wang Rakyat dan Negara Tidak Disalah Guna
Rasuah dan Kemungkaran Sangat Dijauhinya
Rakyat Diajak Mentaati Allah

Selain itu bagi ana seorang pemimpin especially pemimpin islam mestilah mendahulukan akhirat dalam segala hal. Bukan ana nak menuding jari ke mana-mana pihak sebab bagi ana kalau bab agama dan iman ni kita tak boleh nilai seseorang. Hanya orang tu sendiri yang dapat nilai diri dia sendiri. Tapk semestinya pemimpin yang berserban setiap kali ke mesyuarat atau mendahulukan majlis dengan ayat-ayat al-quran kita boleh jamin bahwa beliau mendahulukan akhirat. Dan begitu juga sebaliknya. Hanya pemimpin itu sendiri yang dapat menilai dirinya sendiri.

Kita ambil contoh kepimpinan sultan Muhammad al fateh. Cuba kita kaji bagaimana beliau berjaya menguasai Konstantinople. Beliau memilih tentera yang sangat berpegang kuat pada agama. Pernah suatu hari ketika baginda ingin memilih imam, baginda menyoal siapa kah diantara tenteranya yang tidak pernah tinggal solat wajib. Dan tidak ada satu pun yang pernah tinggal solat. Kemudian beliau bertanya pula sesiapa yang tidak pernah tinggal solat berjemaah. Terdapat segelintir yang pernah meninggalkan solat berjemaajh. Kemudian beliau bertanya sekali lagi sesiapa yang tidak pernah tinggal qiyamulail. Dan hanya beliau je yang melakukan ibadah tersebut setiap malam. Beliau sangat sesuai dengan lirik kata berikut:

Pemimpin Yang Adil Mengutamakan Akhirat
Mengingatkan Rakyat Tipu Dunia
Akhlak Yang Mulia Pakaian Dirinya
Rakyat Hormat Bukan Takut Padanya

alangkah indahnya dan sempurnanya pengurusan sesebuah organisasi sekiranya kepimpinan sultan muhammad al fateh terserlah pada diri setiap pemimpin pada hari ini

Ha yang ni ana nak tekan sikit. Bagi ana yang ni mestilah di praktikkan oleh semua yang beragama islam sama ada pemimpin atau tidak. O ya sebenarnya semua manusia kat dunia ni adalah pemimpin. Paling tidak pun pemimpin kepada diri sendiri. So ana harap lepas ni tak de la orang yang rasa diri dia tu tak layak jadi pemimpin. Dan diharapkan semua orang dapat mempraktikkan lirik lagu kat atas tu dalam usaha menjadi pemimpin yang berkaliber di dunia dan di akhirat kepada organisasi ataupun kepada diri sendiri

p/s sebelum ni ana ada dengar satu ceramah. Rupa-rupanya pemahaman ana yang sistem demokrasi ni haram di sisi islam adalah salah. Sistem demokrasi sebenarnya dibolehkan sebab sistem demokrasi ini juga salah satu sistem syurah. Cuma pemimpin haruslah menjadi pemimpin yang berepgang kepada agama agar sistem demokrasi ini menjadi satu sistem yang membawa imej yang baik kepad agama islam