Tuesday 12 April 2011

kakak apa kabar?



Ana: mak c bunga mana? Mau cakap sama dia bah.

Mak: dia tiada. Dia di kk sekarang.

Ana: ha?kk lagi? Dia buat apa lagi p sana tu?

Mak: sebenarnya dia p kerja tapi kebetulan c mulik sakit jadi dia jaga c mulik dulu.

Ana: sakit apa lagi? Sakit dia yang dulu ka?

Mak: ya. Seminggu dia ditahan di wad.

Waktu tu hanya Allah je yang tahu perasaan ana. Punya lah ana terkejut dengar berita tu. Apa tak nye dah lama ana tak dengar kakak ana tu sakit. Ana ingatkan dia takkan sakit macam dulu lagi. Tapi kenapa setelah hampir 3 tahun ana mendengar berita itu lagi? Ya Allah selamatkan kakak ana. Jangan Engkau bebankan dia dengan bebanan yang dia tidak mampu pikul.

Sebenarnya ana ni baru pelajar tahun dua perubatan. Ilmu ana tentang penyakit ni sakit la cetek. Namun setelah ana mendengar laporan dari kakak ana sendiri ana dapat agak apa yang sebenarnya berlaku walaupun ana tak pasti sama ada jangkaan ana betul atau tidak. Ana berharap sangat salah. Mengikut apa yang ana belajar setakat ni dan apa yang ana tahu tentang pengalaman kakak ana ni dia sebenanrnya mengalami trauma dan mungkin juga head trauma iaitu kawasan pada badan manusia yang sangat sensitif. Di kepala kita bukan sahaja ada otak tapi terdapat satu sistem yang mengawal semua badan kita. Sistem yang ana maksudkan ialah CENTRAL NERVOUS SYSTEM. Sistem tersebut mempunyai terlalu banyak stuktur yang mana stuktur tersebut sangat kompleks. Kita memerlukan 3 subjek untuk memahami stuktur tersebut secara mendalam. Kita mesti mendalami ilmu PHYSIOLOGY, ANATOMY DAN HISTOLOGY.


gambar inilah yang yang simple yang ana dapat sediakan untuk pembaca tentang apa itu cns.ana takut kalau ana letak gambar yang terlalu kompleks ada yang tak faham

Kalau ikut kes kakak ana ni, dia sudah pernah jatuh beberapa tahun dulu. Kebiasaannya kesan kita jatuh akan mula ketara setelah satu tempoh masa yang agak panjang. Dan jatuh atau istilah medik trauma merupakan common causes problem will occur inside our cns. So tak mustahillah kakak ana ni ada masalah di cns dia. Ada macam-macam kemungkinan. Dan kemungkinan tersebut hanya boleh kita ketahui setelah kakak ana ni buat MRI. Kita kena tengok dulu stuktur pada cns dia. Jika berlaku sebarang masalah baru kita boleh ikhtiar untuk ubati. Perkaran yang paling ana risau ialah kakak ana terpaksa berhadapan dengan masalah loss of sensation or loss of reflex or paralysis of muscle. Ana tak dapat nak bercerita panjang. Sebab lain stuktur yang bermasalah akan menghasilkan lain symptom.


jangan main-main dengan jatuh tangga.segera buat pemeriksaan kalau da jatuh.takut ada kecederaan dalaman

Nauzubillah kalau kakak ana tak elok-elok juga sampai bulan 5 atau 6 ni ana akan tukar plan ana untuk tidak balik pada tahun ni. Ana nak tengok sendiri hasil MRI kakak ana. Ana nak tau stuktur apa yang bermasalah supaya ana dapat bersedia dengan sebarang kemungkinan. Ana tak mau kakak ana tau dulu sebab ana tak mau jatuhkan semangat dia untuk terus berjuang. Sebab our spirit can be the best medicine for us.

Kepada kakak ana:

Ana ni tak de la baik sangat atau ustazah. Tapi ana cuma nak akak banyakkan berdoa. Minta Allah supaya jangan bebankan akak dengan beban yang akak tak mampu nak tanggung. Banyakkan ibadah dan solat hajat. Jangan jadikan kepayahan nak berdir I sebagai alasan untuk tidak melakukan ibadah sunat. Tak boleh berdiri solat duduk. Tak boleh duduk baring. Tak boleh baring solat guna mata. Ingat Allah yang mencipat sakit ni so Allah jugalah yang boleh menyembuhkannya. Segalanya di tangan Allah. Ubat atau doktor sehebat mana pun tak dapat nak sembuhkan penyakit. Tapi Allah lah yang menyembuhkannya dengan kita berikhtiar makan ubat dan usaha dari doktor. So my last word redha for everything will happen. Never blame yourself or takdir Allah and the most important thing always think that Allah is always by your side. Insya Allah akak akan sembuh macam dulu.