Monday 31 December 2012

Cerita 2012

Alhamdulillah malam ni tepat pukul 12 tengah malam dah masuk tahun 2013.That mean just about 3 months 12 days je lagi aku akan masuk 23 tahun.Hhhhhmmmm thanks, terima kasih, syukran, toce yang tak terhingga pada Allah sebab masih bagi peluang aku jadi khalifah kat dunia ni.Thanks juga pada Rasulullah sebab bersusah payah untuk menjadikan aku umat Islam yang gah di mata dunia.Terima kasih para sahabat yang telah berhempas pulas menyambung dakwah Rasulullah sehingga aku berpeluang untuk merasa nikmat Iman dan Islam sampai sekarang.Dan semestinya tidak dilupakan mak ayah aku yang telah bersusah payah jaga aku dari umur 1 SAAT hinggalah sekarang.A thaousand of thanks juga pada adik beradik aku Mokthar, Bungatang, Borhan, Muliana dan adekku yang tersayang Muhammad Jusri sebab manjakan aku selama ni.Aku tak tahulah macam mana aku kena berdikari tanpa korang semua.TERIMA KASIH SEMUA SEBAB JADI PEMUDAH HIDUP AKU SELAMA INI.


My beloved adek.Satu-satunya adek aku.Not boyfriend k.


Badly miss them


Abang aku punya family.Really miss anak buah tu


Kami ni masih single.So dengan dorang jelah aku boleh bermanja


My hero and heroin


Best friend aku kat rumah

Today nak share little bit pasal perjalanan hidup tahun lepas dari awal tahun sampai akhir tahun.Before korang dapat headache nak explain sikit pasal perjalanan kalendar aku.Tahun awal aku bukanlah Januari.Tapi awal Oktober.Sebab bulan Oktober adalah awal tahun kalau ikut system aku aku kat sini.Sebab sini ada summer break.Ok ada banyak benda yang berlaku tahun lepas yang menguji aku.Mostly berkisar pasal kehidupan aku kat Egypt ni sebab masa aku banyak dihabiskan di Egypt ni.

First sekali adalah aku dah berjaya jadi THIRD YEAR MEDICAL STUDENT.Alhamdulillah yang tak terhingga.Hhhhmmm setelah berpenat lelah di tahun dua akhirnya dapat juga aku naik tahun tiga.Masa tahun tiga tu Allah sajalah yang tahu betapa penatnya study.Rasa macam first year plak.Dahlah jadual dia dari pukul 8 pagi sampai 4 petang.Betul-betul student mediklah.Kalau dah tengah hari tu rasa macam bola ping pong je fakta doktor bagi.Doktor bagi kat aku tapi terlantun balik ke doktor.Hahahahahah lucu bila ingat balik.


Kenangan Raya Aidil Adha masa tahun 3

Second is tahun lepas aku berhadapan dengan ujian dakwah yang sangat-sangatlah mencabar.Aku dapat adik-adik mentee yang sangat-sangatlah liat.Aku sampai tak dapat nak masuk rumah dorang.Hhhhmm dapat jumpa sekali je.Tupun aku berabis nak jumpa dorang.Sometime tu rasa nak nagis je.Kadang-kadang terfikir juga.Hebatnya Rasulullah.Baginda dapat macam-macam ujian still kuat.Aku baru sikit je pun ujian dah rasa macam putus asa.Hhhhmm one of my bad memory for last year.


Walaupun di uji dengan adik mentee yang agak liat tapi dikurniakan ahli liqo' yang sangat BEST

Third is kita orang berjaya pasang talian telefon kat rumah sendiri.Yes mungkin ada yang cakap nothing special.Tapi bagi kami sangat-sangatlah special.Bukan main punya susah kami nak pasang talian telefon.Siap ada konflik lagi antara kami hosuemate.Bukan je dengan  ahli bait.Tapi dengan anak-anak tuan rumah ni pun kita orang bawa bergaduh k.Hhhhmmm satu lagi bad memory.


Yahoooo ada telefon sendiri

Fourth paling tak dapat dilupakan bila ayah kepada housemate kita orang kena kanser kat Malaysia.Allah jelah yang tahu betapa kelam kabutnya keadaan kita orang masa tu.Hhhhmmm tak dapat nak story detail-detail sebab kalau nak cerita detail tak cukup kot satu post.Cuma nak bagi tau yang disebabkan kita orang tolong kawan settlekan apa yang patut study week kita orang untuk patho dari SEMINGGU jadi JUST 3 DAYS.Hhhhmm masa tu memang tahap tawakal melebihi gunung everest kot.But alhamdulillah everything dah settle.


Agak-agak masa paper 2 Pathology tahap tawakal mengalah Gunung Everest kot

Fifth aku dapat JAID lagi untuk Tahun 3.Masa tu cuma aku dengan sorang je housemate aku kat sini.Kita orang puasa kat sini dulu before balik Malaysia.Kita orang tunggu result dan Alhamdulillah both of us PASS THE EXAM.Thanks Allah.Ha nak cerita sikit masa kita orang balik Malaysia.Masa dari Cairo tu kapal bergegar sangat-sangatlah kuat.Masa tu rasa macam nak terhempas je kapal.Apa lagi mengucap then tido.Tetiba kapten kapal buat annoucement "we'll return back to Cairo International Airport becasue there is something have to be fixed.We are really sorry for the trouble."Peerrrggghhh bukannya aku nak marah tapi rasa lawak adalah.Dah 30 mint kot kami kat udara.Boleh pulak patah balik.Hhhhmm tak kisahlah.Yang penting aku sampai MALAYSIA.


Waiting for departure

Sixth aku buat attachment dekat Hospital Tawau.Emergency Department.Banyak sangat ilmu aku dapat kat sana.Semua staff dari student sampailah specialist semua sporting dan supportive.Masa first day jelah rasa nak nagis sebab banyak benda tak tahu lagi.Blur tahap dewa kot.Tapi lama-lama aku rasa aku dah jadi macam staff nurse dah.Tapi aku tak kisah malah aku lebih suka sebab dari kerja-kerja staff nurse tulah aku banyak belajar.Aku belajar set line, ambil darah, suture dan CPR(walaupun CPR aku tak menjadi.Stamina tak cukup).Apa-apa pun aku puas hati dengan attachment aku kat HOSPITAL TAWAU TU.


One of my Medical School

Yang selebihnya berjalan seperti biasa.Bangun pagi pergi kelas balik study.Exam.Puasa.Raya dengan family.Semua berjalan as usual.

So harapan tahun ni semoga semua berjalan dengan lancar.Aku harap tahun ni aku akan jadi lebih memberi daripada menerima.Aku harap aku tahun ni lebih serius dalam pelajaran.And the most important thing my new azam is
MAKE THE BAD THING BECOME GOOD.
THE GOOD THING BECOME BETTER.
THE BETTER THING BECOME MORE BETTER.
THE MORE BETTER THING BECOME THE BEST.
THE BEST THING BECOME THE BEST AMONG THE BEST



FIGHTHINGGGGGGGG

.INSHAA ALLAH.PRAY FOR ME


Sunday 23 December 2012

SURAT BUAT ADEKKU

Alhamdulillah.Tadi dapat bangun awal seperti mana yang di harapkan.Walaupun semalam ada masalah kesihatan.Perut meragam.So tadi bangun awal dan gerak awal dari rumah ke kelas.Berjalan lah kaki ini menuju ke menara gading dengan sahabat yang sentiasa berada di samping dalam susah dan senang.Dalam borak-borak tu terkeluar satu isu yang rasanya dah jadi macam fenomena dah sekarang ni iaitu:

KAHWIN AWALLLLLLLLLLLLLLLLL

Dalam borak-borak itu aku dan sahabat ku mengeluarkanlah pendapat masing-masing.Macam-macamlah benda yang kami borakkan mengenai isu ni.Ada pendapat kami yang sama dan ada juga yang berbeza.Tapi apa yang dapat aku simpulkan ialah:

NAK KAHWIN AWAL TU BOLEH.TAK DE MASALAH.KO TAK LANGGAR PERATURAN AGAMA ATAU MANA-MANA PERTAURAN PUN.TAPI MASALAHNYA IALAH BILA KO BERHENTI STUDDDDDDDDDYYYYYYY

Itu yang aku dan sahabat aku tak boleh terima.Ada satu kes kat Malaysia.Pengantin lelaki 19 tahun dan pengantin perempuan 12 tahun.12 tahun dah berhenti sekolah.Allahhhhhhhhhhhh.Apa je lah ilmu yang ko dah ada tu cik adek oiiiiiiiii.Akak ni bukan apa.Kalau adek nak kahwin tak de masalah.Akak malah bangga lagi walaupun adek dah langgar bendul.It's ok my dear.Tapi masalahnya KENAPA ADEK BERHENTI SEKOLAH?

 Ni akak nak adek baca sikit surat dari akak untuk adek yang akak sayangi:


Salam adekku.Apa kabar?Tahniah atas perkahwinan adek.Cuma akak nak comment sikitlah pasal tindakan adek berhenti sekolah.Adek, akak tak rasa persekolahan akan ganggu rumah tangga adek.Kat sini, tempat akak study banyak sangat yang dah kahwin tapi still go on dengan study dorang.Ok je.Padahal dorang tu study Medik k.Lagi susah dari adek yang akan study dubjek sekolah menengah je.Meh akak bagi tau kenapa akak tak setuju adek berhenti sekolah.

Ok mungkin adek yakin yang suami adek boleh sara adek dan tak akan tinggalkan adek.Ok akak memang  mengharapkan yang itu.SEMOGA ADEK KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.Tapi adek jangan ingat yang adek akan berseorangan dan memerlukan adek untuk berdiri di kaki sendiri hanya disebabkan suami adek tinggalkan adek.Ada banyak sebab lagi dek.Contohnya suami adek pergi menemui Allah lebih dulu dari adek.Boleh jadi juga something happen pada suami adek macam kemalangan ke or whateverlah yang memaksa suami adek tak dapat bekerja.Takkan adek nak biarkan je suami adek tak makan apa-apa?Takkan nak mengaharapkan belas kasihan orang lain je?Sampai bila?Mestilah adek yang kena ambil tugas sebagai ketua keluarga.Adek kena kerja.Dan untuk cari kerja zaman sekarang ni at least adek ada sijil SPM.ITU YANG ADEK KENA FIKIRKAN.

Adek sebenarnya akak terkejut sangat bila baca pasal perkahwinana adek tu.Biar betul?12 tahun dah kahwin?akak yang dah 21 tahun ni pun masih yakin tak yakin je nak masuk alam rumah tangga tu.Adek tak rasa ke nak rasa mcam kawan-kawan adek yang lain?Masuk sekolah menengah.Rasa zaman remaja.Rasa alam kolej alam kerjaya.Tak nak rasa ke dek?Tapi tak apalah semua ni mesti ada hikmahnya kan?Kan RANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK RANCANGAN.So akak doakan yang terbaik buat adek dan suami.Cuma akak nak bagi nasihat sikit.Bukan bab rumah tanggalah sebab akak memang zerolah kalau bab tu.Tapi akak nak bagi nasihat sikit pasal dunia yang bakal adek tempuh which is alam dewasa.Akak dah rasa dah.

Adek sedangakan zaman akak je sekarang ni segala-galanya nak tengok sijil dan tahap pendidikan.Kalau zaman adek nanti akak rasa lagilah.So walaupun adek dah tak  sekolah dah tapi rajin-rajinlah cari ilmu tu sendiri.Pergilah mana-mana kursus ke.Cuba cari ilmu kemahiran.So dengan kemahiran tu adek boleh lah gunakan untuk perniagaan.Macam kelas menjahit ke kelas memasak ke gubah bunga ke.Apa-apalah yang available.Kelas agama pun jangan lupa.Sebab nanti adek akan mendidik anak-anak adek.Hhhmm akak rasa tu jelah.

Akak nak minta maaf kalau akak menyinggung perasaan adek.Tapi sumpah akak langsung tak bangkang adek  kahwin.Maknanya jodoh adek awallah.TAHNIAH.Tapi akak kurang senang dengan tindakan adek berhenti sekolah.Tapi apa-apa pun akak rasa adek ada alasan adek tersendiri.Cuma satu je jangan pernah adek jadikan alasan kahwin tak nak belajar.Belajar tak semestinya pergi sekolah.Jangan kotorkan kemuliaan perkataan KAHWIN.

sekian dari akak......
yang benar,
kakak mu      

Hhhmm aku tak rasa pun budak tu baca tapi tak apalah.Kalau ada sapa-sapa yang ada situasi sama dengan dia ni boleh lah ambil pengajaran dari apa yang aku tulis ni.Hhhhhhmm betul juga kata kawan aku.Sekarang ni semua dah balik zaman dulu.Bukan je fesyen-fesyen retro jadi kegilaan tapi fenomena kahwin awal macam dulu-dulu pun dah jadi trend.Cuma dulu-dulu boleh lah hidup kalau sekolah setakat darjah 6.Sekarang lepasan SPM pun terkapai-kapai nak hidup

INGAT LEVEL PELAJARAN TAK MENENTUKAN MASA DEPAN KITA YANG CERAH TAPI LEVEL PELAJARAN MENENTUKAN SUSAH SENANGNYA KITA NAK MANCAPAI MASA DEPAN YANG CERAH


SEMOGA KEKAL SELAMANYA

Saturday 22 December 2012

EXCEED THE LIMIT

Aaaaaaaaarrrrrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhh TIDAKKKKKKKKK
Nak tahu akau exceed the limit apa untuk hari ni?TIDOOOOOOOOOO
Alamak matilah aku.Yes memanglah aku ni kalau cuti selalu je lambat bangun.Kadang-kadang solat Subuh pun di luar waktu.Tapi tak delah sampai sekali kan dengan solat Zohor.Tapi hari ni aku tak tahu dari mana aku dapat VIRUS TIDO menyebabkan aku TIDO SELAMA 12 JAM.Separuh hari kot.Ya Allah mampus aku.Dahlah study banyak lagi tak cover.Macam mana ni?HELPPPPPPPPPPPPPPP

Semalam tido lambat sebab tak boleh lelap mata.Tapi paksa juga diri tido sebab cadang nak bangun awal pegi kelas agama,Kelas agama apa benda.Bangun lambat.Orang yang pegi kelas agama dah balik dah sambung tido.Aku pulak baru bangun tido.Ya Allah pemalasnya diri ini.Jangan ikut tau.Ajaran yang teramat-amatlah sesat.Dah lah terlepas subuh terlepas kelas agama petang ni pulak ada meeting.

Bukan nak salahkan meeting.Tapi blame myself.Meeting dah bagi tau awal-awal.Sepatutnya aku bangunlah awal-awal.Siapkan mana yang patut.Ni tidak.

So mulai esok aku mesti bangun awal.Doakan aku guys.Sangat-sangat rasa diri ini tak berguna.Mak ayah dan kerajaan hantar jauh-jauh study, ni siap bagi biasiswa ingatkan belajar lah elok-elok.Ni tidak.Tido sampai EXCEED THE LIMIT.

Ya Allah tolong aku ya Allah.Ni aku rasa  boleh jadi penangan tak solat hajat ni.Tu yang virus tido senang sangat nak masuk ni.So azam aku hari ni SOLAT HAJAT DAN BANGUN AWAL ESOK.

Hopefully esok tak ulang the same mistake.Sebab  aku pernah dengar yang orang yang gagal adalah orang yang setiap kali wat kesilapan akan berazam tak nak buat lagi  tapi lepas azam tu still do the same mistake.

TAK NAK JADI ORANG GAGAL.TAK JADI ORANG HEBAT PUN TAK APA ASAL TAK JADI ORANG GAGAL................='(


Best giler time baby dulu.Mak ayah siap paksa tido lagi kalau tak cukup 12 jam.
"Dulu aku menangis sebab tak nak tido tapi sekarang mak ayah aku yang nangis tengok kalau aku tak nak bangun"


Orang lain exceed limit kat jalan raya aku plak?
EXCEED LIMIT KAT KATIL

TAK NAK JADI ORANG GAGAL.TAK JADI ORANG HEBAT PUN TAK APA ASAL TAK JADI ORANG GAGAL................='(




Friday 21 December 2012

FOURTH YEAR MEDICAL STUDENT

 Yahhhhhhhhhhoooooooooooo
Setelah sekian lama aku tidak menekan key board ku ni.AKHIRNYA masa yang aku nanti-nantikan telah tiba.Up date blog yang teramat-amatlahhhhh terbengkalai.Tak de  apa pun nak borak kali ni.Cuma nak kongsi perkembangan setakat ni.Itu pun kalau ada lah yang nak ambil tahu.Hehehehehe.

Sekarang ni ALHAMDULILLAH dah masuk  TAHUN EMPAT PERUBATAN.Maknanya sekarang dah masuk tahun clinical.Hehehehehe (berlagak lah tu?) Ish ish ish mana ada.Saja je.Nak korang tahu yang dah masuk tahun ke empat dah aku kat negara orang.Negara anbia ni.Macam-macam kenangan manis dan pahit.

Memandangkan sekarang ni dah masuk tahun clinical nak kongsilah sikit-sikit apa yang kita  orang buat tahun empat  ni.Ok untuk tahun ni kita orang akan ambil empat subjek iaitu:

OPHTHALMOLOGY 
(belajar pasal mata)
PUBLIC HEALTH AND COMMUNITY MEDICINE
(belajar pasal masalah kesihatan yang common dalam  masyarakat)
ORTHORHINOLARYNGOLOGY
(belajar pasal hidung,telinga dan tekak)
FORENSIC AND TOXICOLOGY
( belajar pasal keracunan dan cara kematian)

Setakat ni baru je habis round Ophthal.So inshaa Allah pasal mata boleh jawab lah sikit-sikit.Tapi janganlah tanya advanced sangat.Tanya yang basic-basic dah la ye.Sepanjang aku study kat Mesir ni DEPARTMENT OPHTHALMOLOGY adalah THE BEST DEPARTMENT aku pernah jumpa.TERSUSUN, ADA PATIENT, SANGAT MEMPRAKTIKKAN MAMNU' TADKHIN" no smoking"dan yang paling best DOCTOR-DOCTOR DIA SANGAT-SANGATLAH SPORTING.

Kelas Ophthal setiap hari (except Friday) dari pukul 9 pagi sampai 10.30 pagi macam tu.So memang jihad gilerlah nak berpisah dengan kekasih hati pagi-pagi tu.Nak tahu sapa kekasih hati aku kalau pagi-pagi?Of  course lah katil dan selimut.Tapi oleh kerana kelas Ophthal Super Duper best aku rasa lagi sedih tak pergi kelas dari berpisah dengan pujaan hati katil dan selimut aku.Paling best bukannya masa kelas lecture tapi masa practical.

Ha masa practical kita orang akan diberi pesakit.So kita orang akan di ajar cara untuk periksa patient.Masa hari first-first tu memang nervous lah.Nak sentuh patient pun takut.Macamlah patient tu nak makan kita orang.Tapi bila dah lama-lama tu siap borak-borak lagi dengan patient.Tapi ada juga patient yang tak nak bagi kerjasama.Tak nak kena periksa.Dorang tak yakin dengan kita orang kot.Al maklulah muka pun nampak sangat tak tahu apa-apa.Ada tu kita tak sempat nak examine dia, dia dah lari.Aduhaiiiiiiiiiiiiiii.Melepas lah.Tapi ada je patient yang best giler.Siap doakan kita orang dan tolong kita orang buka mata dia lagi.WE LOVE YOU MAK CIK AND PAKCIK.

Kita orang dah habis dah round Ophtahl dan sekarang ni masuk ENT.ENT pun best.Tapi ENT kita cerita lain kali lah.BEST BEST BEST sangat masuk tahun empat ni.Rasa dah jadi A REAL DOCTOR dah.Tapi tahun empat ni lah menyedarkan aku bahawa banyaknya dah fakta yang aku belajar masa tahun satu dua dan tiga aku dah lupa.Hhhmmm kena buka buku tahun-tahun lepas balik ni.

Jum layan gambar-gambar masa hari last kita orang round Ophthal


Nilah kitab ajaib untuk Ophthal.So jangan nak tanya lebih-lebih k.Dah jelas-jelas dia tulis kat situ BASIC OPHTHALMOLOGY.So kita orang study yang basic-basic je


Serius giler dorang ni deal dengan patient



Nilah doctor kita orang DOCTOR RANIA.Dia hebat.Kalau mengajar dia boleh buat kita tak lari fokus




Hahaha ni paling mantop.MODEL SLIT LAMP.Tapi sayang doctor tak ajar pun guna.Doctor kata untuk doctor macam kita orang tak delah sampai ka tahap guna binatang ni


Our classroom.Memang kerusi mengajak kepada ketiduran.Sangat empuk


Kawan kita orang from Palestin.RAWAN AND RUA.Dorang ni macam kembar siam.Tak pernah nampak berpisah


Nilah class mate aku.Dorang ni semua sporting and aupportive giler


Ni pulak budak-budak kumpulan aku.Group 2


Doctor-doctor yang kawal macho (ntah macho ntah tidak.Korang nilai lah sendiri)


We will miss this centre