Sunday 29 May 2011

Terimalah Doaku Ya Allah


Salam semua……..

Ha sekarang ni musim exam. Mesti ada reader yang cakap “apa la budak ni now is exam fever not blog fever”. Ok you are true. But ana tak dapat nak concentrate on my study. So? It’s more better if ana up date blog dari sleeping beauty. Ok bersempena musim exam ni ana yakin ramai sahabat-sahabat ana yang jadi malaikat (including me=)). Ya Allah teruknya ana. Dalam kesusahan baru nak cari Allah. Tak tahu malu. Shame on you!!!!!!!!-ayat ini ditujukan hanya untuk ana bukan untuk sesiapa walaupun ada yang macam ana. Bila susah je baru nak cari Allah. Ok ana nak share satu benda je bersempena exam ni.

yang ana maksudkan ialah DOA.

Mungkin ada yang kata buat apa la nak share doa. Semua orang ada doa sendiri la. Ok fine. Cuma baru-baru ni ada sahabat ana yang merungut (sahabat ok. Sahabat adalah rakan yang membawa kita kebahagian dunia dan akhirat tapi kawan hanya membwa kepada kita kebahgian dunia semata-mata. So cari dan jadilah sahabat). Dia kata kalau boleh dia nak koleksi doa. Biar pelbagai doa supaya dia tak rasa bosan.Dia nak yang Allah nampak yang dia tu betul-betul nak berdoa pada-Nya. Ok ni ada satu doa yang insya Allah ana rasa merangkumi semua aspek. Hidup dunia dan akhirat. Sapa yang nak guna di persilakan.

Ya Allah ya tuhanku ampukan lah segala dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa adik beradikku,dosa saudara maraku,dosa guru-guruku,dosa rakan-rakanku,dan dosa muslimin dan muslimat yang hidup mahupun telah meninggal dunia.

Ya Allah ya tuhan murahkanlah rezeki, lapangkanlah dadaku, dan lembutkanlah hati ku sujud taubat kepadamu.

Ya Allah ya tuhan ku jauhkan aku daripada gangguan syaitan, iblis dan jin-jin durjana.

Ya Allah ya tuhan ku jauhkanlah aku dari melakukan maksiat,jauhkanlah destinasi terakhirku iaitu kubur dari kesempitan, debu yang tebal dan haiwan yang berbisa.

Ya Allah yang tuhan ku terimalah segala amal ibadahku dan biarlah aku istiqamah dalam melakukannya. Janganlah Kau hisab dosaku sekiranya aku dalam keadaan jahil atau lalai ketika melakukannya. Kau hiasilah aku dengan sifat-sifat mahmudah dan jauhkan aku dari sifat-sifat mazmumah. Jauhkanlah aku dari azab neraka dan dekatkan aku dengan nikmat syurga-Mu. Biarlah aku berjaya memasuki syurag idaman-Mu bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapaku yang tercinta. Jauhkan kami dari fitnah dajjal.

Ya Allah ya tuhanku tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan ku pada-Mu. Berilah aku berjaya menjadi hamba-Mu yang bertakwa, anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang. Berilah aku kajayaan dalam setiap bidang yang aku ceburi dan perkara yang aku usahakan. Permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat. Berilah aku berjaya menghadapi segala dugaan dan cubaan yang Engkau turunkan kepada ku dengan tenang dan bijaksana.

Ya Allah ya tuhan ku sekiranya sesuatu yang aku inginkan atau aku usahakan tidak menjadi milik ku maka aku reda yang Allah kerana aku yakin dengan aturan-Mu. Sesungguhnya aturan-Mu adalah sebaik-baik aturan. Namun jangan Engkau bebankan aku dengan bebanan yang tidak mampu untuk aku pikul. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. Oleh itu, jangan,jangan dan jangan Engkau bebankan aku dengan bebanan yang tidak mampu untuk aku pikul. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah.

Ya Allah ya tuhanku,jadikanlah cintaku hanya untuk-Mu, jadikanlah rinduku hanya untuk pesuruh-Mu iaitu Rasulullah s.a.w, jadikanlah kasihku hanya untuk ibu bapaku dan jadikan lah sayangku hanya untuk adik beradik dan rakan-rakanku. Sekiranya telah engkau ciptakan seorang kekasih-Mu menjadi pendampingku maka pertemukan kami dengan cara yang halal. Biarlah dia dapat membimbing aku kejayaan dunia dan akhirat serta kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan kesejahteraan kami setelah kami pulang kepada-Mu. Biarlah dia mencintaiku dan aku mencintainya semata-mata kerana-Mu ya Allah.

Ya Allah berkatilah kami sekeluarga ya Allah. Murahkan rezeki kami sekeluarga. Berilah kami sekeluarga dapat membina satu institusi keluarga yang bahagia dan diredai oleh-Mu. Kurniakan rahmat dan berkat kepada kami sekeluarga. Kurniakan nur islam kepada keluarga kami. Jauhkan kami sekeluarga daripada penyakit dan kurniakan kesejahteraan kesihatan kepada kami. Bukakanlah pintu hati ahli keluarga kami untuk menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin.

Ya Allah ya tuhanku. Berkati ilmu yang aku pelajari. Beri apa yang pelajari mudah untuk aku fahami dan aku ingati untuk selama-lamanya. Kuatkanlah daya ingatanku. Berilah aku kejayaan dalam setiap ujian yang telah aku duduki mahupun yang bakal aku duduki. Berilah aku kejayaan dalam setiap subjek. Bantulah aku ya Allah. Kurniakan rahmat dan berkat kepada ilmu yang aku pelajari hari ini agar dapat ku gunakan di masa hadapan untuk mengembalikan islam seperti mana yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh islam terdahulu. Kurniakanlah aku sifat rajin dan berdisiplin. Jauhkan aku dari sifat malas, sambil lewa, kuat makan, kuat tidur dan selalu membuang masa dengan perkara-perkara yang sia-sia. Campakkanlah semangat dan motivasi di dalam diri ku. Berilah aku berjaya mengakhiri pengajianku dengan cemerlang.

Ya Allah ya tuhanku bantulah saudara-saudara seislam kami yang ditindas pada hari ini. Tingkatkan keimanan dan ketakwaan mereka untuk terus berdiri di balik nama islam. Kuatkan mereka lemahkan musuh-musuh mereka. Perkukuhkan pertahanan mereka runtuhkan pertahan musuh-musuh mereka. Dan Kau kekalkanlah juga kedamaian yang kami kecapi di Malaysia. Lahirkanlah pemimpin-pemimpin yang dapat menjadikan Malaysia sebagai negara islam bukan sebagai negara yang didiami oleh orang islam semata-mata. Jauhkanlah Malaysia dari budaya jahiliyyah. Jauhkanlah Malaysia dari hasutan syaitan. Jauhkanlah Malaysia dari azab-Mu.

Ya rahman ya rahim, sesunggungnya Engkaulah yang maha pemurah dan Engkaulah yang maha memberi kurnia kabulkanlah doa dan permintaan hamba-Mu yang lemah lagi hina ini.

Amin………

p/s : doa ni memang panjang. Tapi insya Allah merangkumi semua aspek. Ana ambil hasil nukilan dari seorang sahabat ana(identiti dirahsiakan). insya Allah kalau kita istiqamah satu saat nanti doa yang panjang ni pun kita rasa pendek. jum kita sama-sama melatakkan Allah sebagai penentu kejayaan kita.

salam imtihan buat semua pelajar mesir.

Sunday 22 May 2011

Palestin Believe In Allah You'll Be Free






Setelah sekian lama ana tidak menaip di key board ana.Ye lah ana ambik course medic kat Egypt ni bukannya ada bukannya ada buat assignment sangat pun.Tu yang tak banyak guna lap top.Guna lap top just bila nak buat presentation,call mak ayah dan paling utama skype dengan mak ayah. Alhamdulillah.Ana masih punya rezeki dari yang maha pemberi rezeki untuk menjadi empunya sebuah lap top walaupun lap top ana ni full with problem.It's ok.As long as ana masih boleh guna ana guna sampai dia tak boleh on langsung.HAHAHA

Okla sebelum ana terus rancak menaip ni walaupun tak dela laju mana pun.Laju lagi kura-kura yang comel tu jalan,ana nak kongsi dengan reader-reader sekalian satu lagu ni;

Every day we tell each other
That this day will be
Will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights
What happened to the sanctity of life
And all those other lies
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Bagi reader-reader yang kenal dengan Maher Zain for sure reader sekalian tahu dan rasa famous dengan lagu ni. Hari ni ana nak kongsi perasaan ana tentang Palestin. Seperti yang kita semua tahu malah ana rasa mungkin ada reader yang lagi hebat pengetahuan dari ana tentang bumi Palestin yang sentiasa bergolak ni. Baru-baru ni ana ada ikut satu majlis. Kat majlis tu ada seorang senior ana bercerita pasal hari NAKHBAH. Terus terang ana katakan kalau ana tak dihantar ke bumi Mesir ni for sure dan ana yakin dengan seyakin-yakinnya ana takkan tahu apa itu HARI NAKHBAH(so janganlah pandang rendah sangat orang yang sambung study especially in medicine course kat Egypt ni. Yes. I know that India,Ireland,UK and any country yang korang bangga-banggakan tu jauh lagi great ilmu medic dia. Ana tak cakap korang punya decision untuk pilih that country is a wrong decision. Da tu yang korang dapat sebagai penerima scholarship terima jela kan?Tapi ana cuma nak cakap that our main aim is not be a doctor but always remember that our main aim is akhirat. So fikir-fikirla ye. Eh sorry if ada reader yang terasa. I’m not mean that).Ok secara overall apa yang ana dapat dari cerita senior tu mengenai HARI NAKHBAH ialah hari di mana Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800,000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara, manakala 30,000 yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka. Hari nakhbah ni jatuh pada 15 mei. So may be kebanyakan orang cuma ingat 3 tarikh penting je pada bulan Mei.Hari valentine(jangan sekali-kali meraikan hai ni tau),hari ibu dan hari guru. Hari nakhbah???????????berapa ramai di antara kita yang ingat? Teruknya ana rasa diri ana bila ana tak tahu pasal benda ni. Betapa tidak mengambil beratnya ana pada saudara seislam ana. Betapa ana hayut dengan kesenangan yang ana kecapi pada hari ini. Ya Allah ampun kan ana.

Ok that all for NAKHBAH DAY. If you want more try to be someone that tak pernah rasa cukup ilmu di dada. I mean search by yourself la. Takkan search blog ana boleh search pasal HARI NAKHBAH tak boleh? Artikel pasal hari nakhbah lagi best kot dari artikel ana ni. Kesian sungguh kalau kita fikirkan saudara seislam kita di Palestin. Yang pegi sekolah tak sure dapat balik rumah dan cerita pasal apa yang cikgu ajar kat sekolah macam kita selalu baut time tadika. Yang si ayah bila keluar kerja tak sure dapat balik rumah bawakan kita coklat. Cuba kita bayangkan kita yang berada di tempat mereka. Sentiasa berada dalam ketakutaan(rasanya tak kot. Semangat jihad mereka da berjaya menutupi persaan takut mereka. Ya Allah ana pun nak juga perasaan jihad macam tu) atau terasa terancam d negara sendiri.

kanak-kanak Malaysia pegang bendera sebab happy negara dah merdeka tapi kanak-kanak Palestin?cuba tegok gambar kat bawah ni?

kanak-kanak Palestin kecik-kecik da angkat sepanduk pertahankan negara sendiri

anak-anak Malaysia happy je peluk mal ayah yang masih hidup.malah ada yang tak pandai nak bersyukur siap derhaka lagi dengan mak ayah.cuba tengok anak-anak Palestin macam mana keadaan ayah dorang di hadapan dorang

nangis darah sekali pun takkan dapat mengembalikan ayah yang sentiasa menjaga keselamatan kita

cuba bayangkan tengah-tengah kita nak g kedai ada tentera acu senapang real ke kita?confrim tergetar-getar.tak macho langsung askar tu.dalah lawan dengan budak guna senjata lagi.budak tu tak guna apa-apa pun.nampak sangat tentera tu takut kat budak tu

Orang selalu cakap kalau kita tak mampu nak pegi ke Palestin angkat senjata cukup kita sokong mereka dari sini. Macam mana? Bukannya kita bersorak macam kita tengok football match. Caranya kita berdoa( alhmadulillah kita mampu buat),kita pelajari sejarah palestin( insya Allah kalau ada rasa responsibility dalam diri akan ada rasa nak search pasal Palestin dari search blog ana ni) dan yang palin susah sekali ialah BOIKOT. Kita di kelilingi dan di besarkan dengan barangan boikot. Of course susah kita nak elak benda ni. Ana pun face this problem too. Because KFC is my fabourite. Ana tak tahu la da berapa banyak ana sumbang ekonomi ISRAEL untuk biaya peluru membunuh saudara ana sendiri. Ya Allah kejamnya ana pada saudara ana sendiri. So jumla kita sama-sama berusaha secara perlahan-lahan dan bersungguh-sungguh untuk menjauhi barangan BOIKOT NI. Sebelum ana berhenti menaip, ana nak kongsi satu cerita pasal boikot ni. Ada seorang hamba Allah ni. Dia memang seorang yang tak sentuh langsung barang boikot.(doakan ana jadi macam dia).tapi satu hari tu dia nak exam dan dia nak juga berjaga malam. So dia pegi la beli Nescafe(salah satu barangan boikot). Then dia mengadu kat mama dia pasal dia terpaksa beli barangan boikot. Then you all tau apa mama dia jawab”kenapa kalau tak minum barangan boikot tu anak mama ni akan mati ke?”.Ana yang jadi pendengar cerita ni pun tersentak apa lagi si anak tu. So from now on jum latih diri kita untuk bantu Palestin. Tak mampu angkat senjata, boikot. Tak mampu boikot 100% doakan mereka. Tak mampu doakan mereka tunjuk kan sokongan pada mereka. Tak mampu juga nak tunjukkan sokongan pada mereka baik tak payah mengaku ISLAM.

Lastly, ana nak minta maaf kalau ana ada buat salah. Sama ada ana sengaja atau tak. Doakan yang terbaik untuk ana dalam exam final nanti. Doakan kejayaan dalam diri ana supaya ana boleh majukan islam dan seterusnya berkhidmat untuk Palestin. HIDUP PALESTINNNNNNNNNNN