Sunday 29 May 2011

Terimalah Doaku Ya Allah


Salam semua……..

Ha sekarang ni musim exam. Mesti ada reader yang cakap “apa la budak ni now is exam fever not blog fever”. Ok you are true. But ana tak dapat nak concentrate on my study. So? It’s more better if ana up date blog dari sleeping beauty. Ok bersempena musim exam ni ana yakin ramai sahabat-sahabat ana yang jadi malaikat (including me=)). Ya Allah teruknya ana. Dalam kesusahan baru nak cari Allah. Tak tahu malu. Shame on you!!!!!!!!-ayat ini ditujukan hanya untuk ana bukan untuk sesiapa walaupun ada yang macam ana. Bila susah je baru nak cari Allah. Ok ana nak share satu benda je bersempena exam ni.

yang ana maksudkan ialah DOA.

Mungkin ada yang kata buat apa la nak share doa. Semua orang ada doa sendiri la. Ok fine. Cuma baru-baru ni ada sahabat ana yang merungut (sahabat ok. Sahabat adalah rakan yang membawa kita kebahagian dunia dan akhirat tapi kawan hanya membwa kepada kita kebahgian dunia semata-mata. So cari dan jadilah sahabat). Dia kata kalau boleh dia nak koleksi doa. Biar pelbagai doa supaya dia tak rasa bosan.Dia nak yang Allah nampak yang dia tu betul-betul nak berdoa pada-Nya. Ok ni ada satu doa yang insya Allah ana rasa merangkumi semua aspek. Hidup dunia dan akhirat. Sapa yang nak guna di persilakan.

Ya Allah ya tuhanku ampukan lah segala dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa adik beradikku,dosa saudara maraku,dosa guru-guruku,dosa rakan-rakanku,dan dosa muslimin dan muslimat yang hidup mahupun telah meninggal dunia.

Ya Allah ya tuhan murahkanlah rezeki, lapangkanlah dadaku, dan lembutkanlah hati ku sujud taubat kepadamu.

Ya Allah ya tuhan ku jauhkan aku daripada gangguan syaitan, iblis dan jin-jin durjana.

Ya Allah ya tuhan ku jauhkanlah aku dari melakukan maksiat,jauhkanlah destinasi terakhirku iaitu kubur dari kesempitan, debu yang tebal dan haiwan yang berbisa.

Ya Allah yang tuhan ku terimalah segala amal ibadahku dan biarlah aku istiqamah dalam melakukannya. Janganlah Kau hisab dosaku sekiranya aku dalam keadaan jahil atau lalai ketika melakukannya. Kau hiasilah aku dengan sifat-sifat mahmudah dan jauhkan aku dari sifat-sifat mazmumah. Jauhkanlah aku dari azab neraka dan dekatkan aku dengan nikmat syurga-Mu. Biarlah aku berjaya memasuki syurag idaman-Mu bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapaku yang tercinta. Jauhkan kami dari fitnah dajjal.

Ya Allah ya tuhanku tingkatkanlah keimanan dan ketakwaan ku pada-Mu. Berilah aku berjaya menjadi hamba-Mu yang bertakwa, anak yang solehah dan pelajar yang cemerlang. Berilah aku kajayaan dalam setiap bidang yang aku ceburi dan perkara yang aku usahakan. Permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat. Berilah aku berjaya menghadapi segala dugaan dan cubaan yang Engkau turunkan kepada ku dengan tenang dan bijaksana.

Ya Allah ya tuhan ku sekiranya sesuatu yang aku inginkan atau aku usahakan tidak menjadi milik ku maka aku reda yang Allah kerana aku yakin dengan aturan-Mu. Sesungguhnya aturan-Mu adalah sebaik-baik aturan. Namun jangan Engkau bebankan aku dengan bebanan yang tidak mampu untuk aku pikul. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. Oleh itu, jangan,jangan dan jangan Engkau bebankan aku dengan bebanan yang tidak mampu untuk aku pikul. Sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah.

Ya Allah ya tuhanku,jadikanlah cintaku hanya untuk-Mu, jadikanlah rinduku hanya untuk pesuruh-Mu iaitu Rasulullah s.a.w, jadikanlah kasihku hanya untuk ibu bapaku dan jadikan lah sayangku hanya untuk adik beradik dan rakan-rakanku. Sekiranya telah engkau ciptakan seorang kekasih-Mu menjadi pendampingku maka pertemukan kami dengan cara yang halal. Biarlah dia dapat membimbing aku kejayaan dunia dan akhirat serta kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan kesejahteraan kami setelah kami pulang kepada-Mu. Biarlah dia mencintaiku dan aku mencintainya semata-mata kerana-Mu ya Allah.

Ya Allah berkatilah kami sekeluarga ya Allah. Murahkan rezeki kami sekeluarga. Berilah kami sekeluarga dapat membina satu institusi keluarga yang bahagia dan diredai oleh-Mu. Kurniakan rahmat dan berkat kepada kami sekeluarga. Kurniakan nur islam kepada keluarga kami. Jauhkan kami sekeluarga daripada penyakit dan kurniakan kesejahteraan kesihatan kepada kami. Bukakanlah pintu hati ahli keluarga kami untuk menjalani kehidupan sebagai seorang mukmin.

Ya Allah ya tuhanku. Berkati ilmu yang aku pelajari. Beri apa yang pelajari mudah untuk aku fahami dan aku ingati untuk selama-lamanya. Kuatkanlah daya ingatanku. Berilah aku kejayaan dalam setiap ujian yang telah aku duduki mahupun yang bakal aku duduki. Berilah aku kejayaan dalam setiap subjek. Bantulah aku ya Allah. Kurniakan rahmat dan berkat kepada ilmu yang aku pelajari hari ini agar dapat ku gunakan di masa hadapan untuk mengembalikan islam seperti mana yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh islam terdahulu. Kurniakanlah aku sifat rajin dan berdisiplin. Jauhkan aku dari sifat malas, sambil lewa, kuat makan, kuat tidur dan selalu membuang masa dengan perkara-perkara yang sia-sia. Campakkanlah semangat dan motivasi di dalam diri ku. Berilah aku berjaya mengakhiri pengajianku dengan cemerlang.

Ya Allah ya tuhanku bantulah saudara-saudara seislam kami yang ditindas pada hari ini. Tingkatkan keimanan dan ketakwaan mereka untuk terus berdiri di balik nama islam. Kuatkan mereka lemahkan musuh-musuh mereka. Perkukuhkan pertahanan mereka runtuhkan pertahan musuh-musuh mereka. Dan Kau kekalkanlah juga kedamaian yang kami kecapi di Malaysia. Lahirkanlah pemimpin-pemimpin yang dapat menjadikan Malaysia sebagai negara islam bukan sebagai negara yang didiami oleh orang islam semata-mata. Jauhkanlah Malaysia dari budaya jahiliyyah. Jauhkanlah Malaysia dari hasutan syaitan. Jauhkanlah Malaysia dari azab-Mu.

Ya rahman ya rahim, sesunggungnya Engkaulah yang maha pemurah dan Engkaulah yang maha memberi kurnia kabulkanlah doa dan permintaan hamba-Mu yang lemah lagi hina ini.

Amin………

p/s : doa ni memang panjang. Tapi insya Allah merangkumi semua aspek. Ana ambil hasil nukilan dari seorang sahabat ana(identiti dirahsiakan). insya Allah kalau kita istiqamah satu saat nanti doa yang panjang ni pun kita rasa pendek. jum kita sama-sama melatakkan Allah sebagai penentu kejayaan kita.

salam imtihan buat semua pelajar mesir.

No comments:

Post a Comment