Monday 24 January 2011

alhamdulillah



Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa-dosaku

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Mana perginya cinta
Mana hilangnya setia
Aku akan terus cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Duni sementara kan dihitung juga
Sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir setiap masa fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia

Chorus
Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha Esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa-dosaku

Ku hirup secukup udara
Hatiku buka termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Ke mana cahaya
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat
Yang penuh rahmat
Berjuta-juta kali dunia mempermainkanku
Hati menurut nafsu
Nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha Esa
Dapatlah pena menari meluah kata-kata

Ku meredhai apa yang telah terjadi
Tunjukkanlah jalan benar ampunilah dosaku

Ulang Chorus

Aku tafakur di hadapanmu
Berderai-derai airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih Illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan

Ulang Chorus

Oh Tuhan yang satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu
Ampuni segala dosa dosaku

Ok lagu kat atas ni mesti ramai pembaca yang sangka nyanyian kumpulan atau artis nasyid. Sebenarnya lagu ni nyanyian one nation emcee. Syukur Alhamdulillah ini salah satu cara yang boleh digunakan untuk menarik orang ramai mendengar lagu-lagu berunsurkan islam. Ya lah ada orang dia tak suka dengar nasyid. Tak nak di pandang warak. Kan bagus tu di pandang warak. Itu salah satu cara untuk kita ikat diri kita dari tidak melakukan perkara-perkara jahil. Yelah kalau orang da pandang kita baik mestila kita nak tunjuk baik. Ada pulak yang kata tak nak hipokrit. Sebenarnya hipokrit ni ada baiknya. Contohnya budak pompuan yang hanya kat sekolah je pakai tudung tapi kat luar tudung terbang ntah ke mana. Kan hipokrit namanya tu. Tapi ramai je buat sebab kalau tak pakai tudung kena denda.Dengan berkat dia bersabar dan hipokritlah dia berjaya masuk universiti yang memang semua orang nak. Eh sebenarnya ana bukan nak cerita pasal tudung kali ni.

Ok. Hari ni ana melihat sesuatu yang telah berjaya membuka mata dan hati ana. Apa yang ana buat ni telah menyedarkan ana yang betapa beruntungnya ana selama ni. Ya . Memang mungkin ramai yang akan kata ana ni bernasib malang kalau mengetahui sejarah hidup ana. Tapi sebenarnya ana sangat beruntung jika dibandingkan dengan orang-orang yang ana nampak hari ni.

Ok. Hari ni ana pergi exam biochemistry. Semasa dalam perjalanan ana ke dewan exam ana terlihat dua orang kanak-kanak yang bekerja di tapak pembinaan. Ana yakin mereka pasti nak juga bersekolah seperti kami yang ulak-alik ke universiti setiap hari. Tapi ana pulak setiap hari merungut sampai bilalah ana nak belajar ni. Sedangkan ramai lagi kanak-kanak yang ingin bersekolah tapi tidak mempunyai kemampuan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang Kau berikan.

pasti ini yang di impikan oleh kanak-kanak yang ana lihat di tapak pembinaan tu. Beruntungnya kanak-kanak Malaysia

Perkara kedua yang ana lihat ialah pengagihan roti subsidi. Ok . Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa pulak dengan roti subsidi. Apa yang ana kasihan sekali ialah betapa susahnya kehidupan masyarakat tempat ana belajar ni. Roti yang mereka di agihkan tidak dibalut langsung pun. Ana yakin kalau bukan di sebab kos pembungkusan yang tinggi pasti roti tu akan dibungkus. Kat Malaysia punyalah ana memilih. Langsung tak nak beli makanan kalau tak di balut. Dalah balut guna plastik. Kan mencemarkan alam. Dalah tak besyukur membuat kerosakan lagi. Astagfirullah betapa berdosanya ana. Ampunkan hambamu ini ya Allah.

lebih kurang macam nilah keadaan roti subsidi kat sini.kalau kat Malaysia confirm tak de sapa nak ambil termasuklah ana.betapa sombongnya

Perkara ketiga yang ana lihat hari ni ialah ana melihat seorang pak cik yang tidur di tepi jalan. Dahlah waktu tu panas gilak. Kesian pak cik tu. Ana pulak tak de kipas pun macam tak de boleh hidup. Tambah-tambah musim panas nanti. Tapi sekarang lain pulak ceritanya. Sekarang mausim sejuk. So tak boleh tahan tanpa heater. Pernah sekali ana tengah ambil wuduk. Punyalah sejuk. Itu pun ana tak tahan. Terus ana teringat nasib orang-ornag miskin yang tak de tempat tinggal. Macam mana lah malam mereka setiapa malam. Adakah mereka dapat tidur? Sedangkan ana yang pakai lihaf punya tebal pun tak selesa sangat macam mana mereka yang tak de selimut tebal? Alhamdulillah ya Allah atas rezeki mu.

bersyukur ana mampu beli sejuk yang sebenar-benar baju. tak delah baju sepelik baju pak cik ni pergi kuliah

Ada sekali tu pulak semasa ana dan sahabat ana ke suatu tempat. Waktu malam. So gelap. Sedang ana dan sahabat ana tu syok bersembang ana terlihat satu kelibat hitam dekat longgokan sampah. Ana ingatkan anjing atau kucing yang sedang mencari makanan. Sebalik sahaja ana melalui longgokan sampah tu ana bisu. Lidah ada keras dan tak dapat bersuara. Setelah hampir 2 ke 3 langkah baru ana dapat bersuara. Ana memberitahu sahabat ana bahawa ada seorang makcik sedang mencari makanan di longgokan sampah tersebut. Apa lagi ana dan sahabat ana terus ke arah mak cik tersebut dan sahabat ana memberinya sedikit wang. Betapa beruntungnya ana. Sesusah-susah ana pun ana tak pernah rasa mengorek sampah sebagai cara ana mecari makanan. Yang ana buat ialah membuka tudung saji atau membuka peti ais. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau turunkan.

syukur Alhamdulillah ana tak pernah lag terfikri nak pergi tempat-tempat macam ni kalau ana lapar macam mak cik yang ana nampak malam tu

Selepas ni marilah kita sama-sama bersyukur atas rezeki yang di kurniakan.Macam dalam lagu ni.

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku

p/s ana nak kongsi sikit pasal sendawa ni. Ana ada mendengar satu ceramah. Penceramah tersebut menyatakan bahawa jangan kita sendawa panjang-panjang. Sebab kat akhirat nanti orang yang paling kuat sendawalah orang yang paling bakhil. Kalau nak sendawa cepat-cepat ucap Alhamdulillah dan astagfirullah.

Ok la. Setakat ni saja. Lain kali ana cerita lagi pasal tempat ana belajar ni. Walaupun negara ni tidak sehebat tempat kawan-kawan ana yang lain belajar seperti India, UK, Peracis atau mana-manalah kat dunia ni tapi ana bersyukur di tempat ana belajar nilah telah banyak membuka mata dan hati ana tentag kehidupan. Ana banyak belajar pasal Sains dan Agama di sini. Syukran jazilan ya Allah kau telah letakkan aku di suatu tempat yang telah banyak membawa perubahan kepadaku. Takkan ana lupakan tempat yang penuh ilmu dan barakah ini.

No comments:

Post a Comment