Saturday 22 January 2011

warkah untuk abang

Langit masih belum cerah
Tampakkan seri pudar suasana
Wahai adikku kau tersenyum
Merawat sengsara yang berkarat di hati


Walau kau jauh nun di sana
Tak kan ku lupakan kenangan bersamamu
Moga Allah kan memayungi
Dengan rahmatNya
Kasih sayang terjalin

Kekanda jujurnya hatimu
Tak pernah ku ragukan katamu
Onak duri ditempuh bersama
Kerana Allah kita bertemu
Dan keranaNya kita berpisah

Oh kita suka dan duka dalam apa jua
Kekanda semoga Allah meredhai kita
Sesungguhnya senyumanmu
Masih lagi ku simpan

Ku mencari ku tercari
Ku menunggu ku tertunggu
Dirimu agar terubat lara

Salam semua. Hari ni ana tak nak bercerita. Ana nak tulis surat pada abang ana. Sebelum tu ana nak promolah lagu kat atas ni. Sebenarnya lagu ni nyanyian Amar dan adik dari kumpulan Aeman. Ana pun tak pasti sangat nama dia. Lagu ni mengisahkan tentang kasih sayang seorang abang kepada adik dia. So ana pun tulis pasal kasihnya dan sayangnya abang ana pada ana. Ana sebenanrnya ada dua orang abang. Yang ana nak tulis ni abang ana yang pertama. Anak sulung.

p/s pada abang ana yang sorang tu,kakak-kakak ana dan yang dimanjakan sekali adik ana. Jangan kecil hati. Ana tak tulis tulis untuk korang bukannya ana tak sayang korang. Tapi kali ni biar kita bagi penghormatan pada abang. Nanti lain hari ana bagi ke korang pulak k?

Ok sedikit pasal abang ana. Nama penuh dia Mokthar. Kita orang panggil dia abang. Dah kahwin. Ada sepasang cahaya mata. Abang ni orangnya sangat tegas. Dia juga sangat mementingkan agama especially pasal aurat kami adik beradik pompuan. Dia sekarang bekerja sebagai apa pun ana tak tahu. Yang ana tahu dia akan ulang-alik ke pelaantar minyak setiap bulan. Itu jelah yang ana tahu.

Ok pasti para pembaca hairan. Kenapa pula ana nak kongsi surat ana untuk abang ana. Dah tak de topic lain da ke?(kalau tak nak baca bolehlah closekan blog ana ni. Ana tak kisah. Internert pembaca. Ana tak de hak.) Sebenarnya ana sangat menyanjungi abang ana. Dia seorang yang sangat berjasa dalam keluarga kami. Dialah yang menjadikan keluarga kami seperti hari ni. Ana tahu dalam abang ana berusaha membaiki taraf keluarga kami abang terlalu banyak berkorban. Ok jum ikut ana tulis surat.

Abang, mak pernah cerita kat ana:

Sebenarnya ayah dan mak dahulunya warga Indonesia tapi kini telah berjaya mendapat kewarganegaraan Malaysia (tak de istilah PTI dalam keluarga ana ok). Mak ada cerita betapa sengsaranya abang waktu mak dan ayah bawa abang berhijrah ke Malaysia. Mak cerita waktu tu abang kelaparan. Tapi ayah tak de duit yang banyak. Duit yang ada pun untuk bayar pengangkutan untuk sampai ke destinasi. Tapi waktu tu abang masih kecil dan tak tau apa lagi. Jadi abang nak juga makan. Ana yakin kalau abang dah besar waktu tu abang mesti tak nak bagi tau yang abang lapar walaupun abanag lapar yang teramat sebab tak nak susahkan mak dan ayah . Jadi ayah telah masuk ke dapur sebuah gerai. Ayah ambil kerak-kerak nasi yang hendak dibuang oleh gerai tu. Mak tak pasti sama ada ayah beli atau minta. Lepas tu abang pun makan dengan berseleranya walaupun hanya kerak nasi. Waktu kerak nasi tu dah nak habis ayah berdoa banyak-banyak pada Allah supaya abang tak minta lagi. Syukur Allhamdulillah Allah mengabulkan doa ayah. Abnag dah kenyang dan tak nak lagi lepas kerak nasi tu da habis. Terima kasih abang. Abang telah berjaya melegakan ayah. Ana minta maaf abang sebab ana tak dapat berkonsi penderitaan dengan abang waktu tu. Ana nak minta maaf juga sebab ana selalu merungut kalau makanan tak sedap.

Mak cerita lagi kat ana

Waktu abang dah habis spm abang minta izin dari mak dan ayah untuk ke Kota Kinabalu bagi mencari rezeki. Sebenarnya abang boleh sambung belajar. Tapi ana tahu abang tak kisah kalau abang tak merasa jadi pelajar universiti asalkan adik-adik abang merasa. Semasa di kota kinabalu abang buat banyak kerja. Yang paling sedih bila ada kawan abang yang bagi tau mak dan ayah yang abang buat direct selling. Betapa sedihnya mak waktu tu. Mak minta abang balik tapi abang kata abang tak kan balik selagi abang tak dapat kerja. Lepas tu abang tukar kerja dekat KFC. Kawan abang bagi tau abang keluar pagi dan balik tengah malam. Mesti penat kan abang? Sebab tulah abang ada nasihat ana dulu supaya tak cari kerja dekat KFC. Abang kata penat. Terima kasih abang dan minta maaf sebab adik-adik abang terpaksa membanting tulang.

kat sinilah abang ana kerja dulu

Lepas tu abang berhenti. Abang ikut kawan abang kerja dekat pelantar minyak. Ana tahu mesti abang berfikit untuk terima tawaran tu. Yelah kerja kat tengah-tengah laut. Macam orang tak de kehidupan. Tapi ana tahu abang terima sebab abang rasa dengan kerjaya tulah abang dapat bela nasib adik-adik abang. Terima kasih abang. Sebab adik- adik abang korban hidup abang.

betapa bersusah payahnya abang bekerja untuk adik-adik

Ana sangat bersyukur dapat abang setegas abang. Ana yakin kalau abang tak tegas dengan ana, ana confirm tak jadi apa yang ana jadi sekarang. Ana paling takut kalau ana tak perform dalam exam. Abang paling tak suka kalau adik-adik abang tak study betul-betul. Bagi abang tak de istilah tak de rezeki dalam belajar. Yang menetukan kita berjaya atau tidak ialah sama ada usaha kita cukup atau tidak. Itulah juga yang ana pegang sampai sekrang. Ana masih ingat lagi waktu ana dapat result UPSR dan PMR. Ana tak dapat A untuk subjek English je. Orang lain semua puji ana dengan keputusan ana. Tapi ana tak happy bukan sebab ana tak dapat straight A tapi ana sedih sebab ana tak dapat puaskan hati abang. Ana minta ampun abang. Tapi mak cerita kat ana yang abang ada puji ana di belakang ana. Abang kata abang tak sangka abang ada adik macam ana. Terima kasih abang. Ana yakin kalau ana tak de abang macam abang mesti ana tak kan berjaya sampai sekarang. Thanks a lot abang.

Abang, ana sangat sayang abang. Ana ingat lagi setiap kali abang call mak dulu ana mesti nak cakap dengan abang walaupun ana tak de benda nak cakap. Lepas tu setiap kali abang balik kampung ana mesti nak tidur sebelah abang walaupun ana ni pompuan. Ana tak kisah. Ana ingat lagi satu malam. Malam tu ana tak boleh nak tidur. Esok nak sekolah. Last-last abang buatkan ana roti coklat. Abang buat banyak-banyak. Abang kata makan banyak-banyak supaya mengantuk. Lepas tu abang peluk ana erat-erat sampai ana tertidur. Terima kasih abang. Kalau tak ana mesti tak dapat tidur dan mengantuk kat sekolah. Betapa sayangnya abang pada ana. Ana ingat lagi waktu ana nak terbang da ke Mesir. Wakru abang ada kursus. Abang sebenarnya tak boleh keluar. Tapi abang curi-curi keluar nak jumpa ana. Walaupun abang tak sempat tengok ana fly tapi ana sangat happy abang datang walaupun sekejap. Ana yakin abang mesti saying ana macam dalam lagu ni kan?

Walau kau jauh nun di sana
Tak kan ku lupakan kenangan bersamamu
Moga Allah kan memayungi
Dengan rahmatNya
Kasih sayang terjalin

macam nila ana dengan abang ana time kecil

Waktu ana dapat tawaran ke Mesir ni ana rasa bersalah, malu dan menyusahkan abang yang teramat. Lebih- lebih lagu teringat betapa banyaknya wang yang abang belanjakan untuk ana. Tiket kapal terbang ntah berapa bayak abang belanjakan untuk ana. Ana terpaksa ulang alik Sabah dan Sememnanjung untuk uruskan pengeluaran ana dari UIA. Waktu abang belikan ana lap top pun ana rasa macam nak menangis. Ada sekali tu ayah nak bagi ana duit tapi abang tak bagi. Kata abang abang da bank in ana duit. Banyak lagi tu. Waktu abang bagi ana 300 US dollar pun ana macam tak percaya je ana akan dapat duit sebanyak tu. Terima ksih abang.

Abang sebenarnya ana tengah exam ni. Kalau abang tahu ana up date blog time-time ni mesti abang marah kan?(abang tak kan tahu sebab abang takkan baca punya ana punya blog). So doakan ana ye? Ana yakin dengan kejayaan ana dalam pelajaran je dapat puaskan hati abang. Insya Allah ana akan berusaha dan balas semua jasa abang semampu yang ana boleh. Tapi ana memang takkan dapat balas semua. Ana minta maaf abang. Mak dan ayah selalu pesan supaya tak lupakan abang bila ana dah berjaya nanti. Insya Allah ana akan ingat abang sampai bila-bila. Okla abang ana nak sambung study dulu. Sekali lagi terima kasih untuk segalanya.

Wassalam

Sebenarnya ada banyak lagi ana nak tulis tapi tak apalah. Lain kali. Nanti banyak sangat patah pulak jari menaip. Inilah abang ana yang ana kagumi.

p/s kepada sesiapa yang nak masuk meminang ana nanti(itupun kalau ada lah yang sudi) selain ana minta dia jumpa mak ayah ana ana akan minta dia jumpa abang ana juga.

1 comment:

  1. Assalamualaikum kakak.Seronok baca blog ni.Baru jumpa blog ni sebab search pasal attachment hospital tawau.Berminat sgt nak jadi doktor dan nak smbung mesir walaupun macam dh terlambat (21 skrg).Doakan sy dipermudahkan urusan.In sya Allah nk try juga pergi mesir masa 23 tahun nnt...sbb skrg further study kat jordan dan nak kena ulang spm dulu baru boleh further mesir.hmm...apa nasihat doktor utk sy? Hehe

    ReplyDelete