Friday 8 July 2011

The Beauty of Azan Subuh



Sebentar lagi azan subuh akan berkumandang di bumi Mansoura Mesir ni.Sambil-sambil tu up date blog lah.Nak study pun tak sampai sejam lagi dah nak azan.Ana ni tak berapa nak berkenan belajar sekejap-sekejap.Paling tidak pun 1 jam.Kalau di Mansoura ni azan subuh ada dua.Cuma yang pertama tu tak de lafaz "solat itu lebih baik dari tidur".Ha kalau tak de lafaz tu maknanya tu belum masuk subuh lagi.May be muazzin tu nak kita bangun dan bersiap-siap untuk solat subuh.Yelah nanti tak delah lama sangat jemaah yang datang awal ke masjid nak tunggu jemaah yang lain.Biasanya azan pertama tu dalam 30 minit sebelum masuk waktu subuh.Awal-awal tu pelik juga.Siap ada lagi kawan ana yang tak perasan semangat solat subuh lepas azan pertama.Lepas je bagi salam ada lagi azan.Terasa diri tu rajinlah plak solat.Setiap kali ana dengar azan kat sini ana selalu terfikir pukul berapa lah muazzin tu bangun.Yelah macam sekarang ni subuh kat Mansoura ni pukul 3 pagi.Dia nak azan dalam pukul 2.30 pagi.Dia nak siap-siap lagi dalam 30 minit kalau dia tak mandi.Ala perkara biasalah kat mesir ni kalau tak mandi.So paling lewat pun dia kena bangun pukul 2 pagi.Pukul berapa dia tido?Kat sini isyak pukul 8.30 malam.So kata lah dia balik dari masjid dalam pukul 9.30 malam.Dia borak-borak sikit dengan keluarga dia then buat apa yang patut.Dalam 10.30 malam tidurlah.Maknanya dia tidur dalam lebih kurang 3 jam 30 minit.Ppppppeeeeeerrrrrrrrggggggggghhhhhhh.Hebat giler.Kalau sekali sekala oklah.Ni ana rasa setiap hari ana dengar suara yang sama je.Tabik spring lah.Ana ni jangan harap lah akan sesegar dia bila dah tidur dan tersedar 3 jam 30 minit kemudian.Sekali sekala mungkinlah.Ni pun sekarang terpaksa jadi burung hantu kalau tak nak terlepas subuh.Kalau tak, sama ada subuh dinosour atau bangun subuh terus buat larian pecut 100 meter dalam rumah.10 minit lagi nak syukruk.Eeeeemmmmmm,berapa banyak lah pahala muazzin tu.Untungnya dia dikurniakan Allah kelebihan dapat tidur dengan sekejap dan bangun dengan segar.Siap boleh azan dengan merdu dan betul lagi.Ok mungkon dia tidur lepas subuh.Sebab tu dan memang budaya sesetengah arab.Tapi yang ana tabik giler-giler ni ialah kehebatan dia boleh tersedar selepas tidur hanya beberapa jam je.Wahhhh kalau ana macam dia kan bahagia.Oklah azan kedua pun dah berkumandang.Ana nak solat subuh dulu.........





ana rasa macam nilah keadaan ana setiap hari kalau ana tak berjaga sampai subuh

2 comments:

  1. salam .
    sekadar berkongsi ,
    azan subuh sunat dilakukan 2 kali seperti yang dilakukan pada zaman nabi .
    sebab fajar terbahagi kepada 2 iaitu fajar kazib (tipu) dan fajar sadiq (betul) .
    boleh rujuk dalam handout fiqh manhaji bab solat yang belajar dekat madrasah imam nawawi dulu .

    wallahualam .

    ReplyDelete
  2. ooooo.syukran for sharing.ooo ingatkan memang manosura punya style.yelah setakat ni pergi mana2 pun kat mesir ni mansoura je yang pernah dengar azan dua kali.btw.syukran for sharing.dapat satu ilmu baru

    ReplyDelete