Friday 21 December 2012

FOURTH YEAR MEDICAL STUDENT

 Yahhhhhhhhhhoooooooooooo
Setelah sekian lama aku tidak menekan key board ku ni.AKHIRNYA masa yang aku nanti-nantikan telah tiba.Up date blog yang teramat-amatlahhhhh terbengkalai.Tak de  apa pun nak borak kali ni.Cuma nak kongsi perkembangan setakat ni.Itu pun kalau ada lah yang nak ambil tahu.Hehehehehe.

Sekarang ni ALHAMDULILLAH dah masuk  TAHUN EMPAT PERUBATAN.Maknanya sekarang dah masuk tahun clinical.Hehehehehe (berlagak lah tu?) Ish ish ish mana ada.Saja je.Nak korang tahu yang dah masuk tahun ke empat dah aku kat negara orang.Negara anbia ni.Macam-macam kenangan manis dan pahit.

Memandangkan sekarang ni dah masuk tahun clinical nak kongsilah sikit-sikit apa yang kita  orang buat tahun empat  ni.Ok untuk tahun ni kita orang akan ambil empat subjek iaitu:

OPHTHALMOLOGY 
(belajar pasal mata)
PUBLIC HEALTH AND COMMUNITY MEDICINE
(belajar pasal masalah kesihatan yang common dalam  masyarakat)
ORTHORHINOLARYNGOLOGY
(belajar pasal hidung,telinga dan tekak)
FORENSIC AND TOXICOLOGY
( belajar pasal keracunan dan cara kematian)

Setakat ni baru je habis round Ophthal.So inshaa Allah pasal mata boleh jawab lah sikit-sikit.Tapi janganlah tanya advanced sangat.Tanya yang basic-basic dah la ye.Sepanjang aku study kat Mesir ni DEPARTMENT OPHTHALMOLOGY adalah THE BEST DEPARTMENT aku pernah jumpa.TERSUSUN, ADA PATIENT, SANGAT MEMPRAKTIKKAN MAMNU' TADKHIN" no smoking"dan yang paling best DOCTOR-DOCTOR DIA SANGAT-SANGATLAH SPORTING.

Kelas Ophthal setiap hari (except Friday) dari pukul 9 pagi sampai 10.30 pagi macam tu.So memang jihad gilerlah nak berpisah dengan kekasih hati pagi-pagi tu.Nak tahu sapa kekasih hati aku kalau pagi-pagi?Of  course lah katil dan selimut.Tapi oleh kerana kelas Ophthal Super Duper best aku rasa lagi sedih tak pergi kelas dari berpisah dengan pujaan hati katil dan selimut aku.Paling best bukannya masa kelas lecture tapi masa practical.

Ha masa practical kita orang akan diberi pesakit.So kita orang akan di ajar cara untuk periksa patient.Masa hari first-first tu memang nervous lah.Nak sentuh patient pun takut.Macamlah patient tu nak makan kita orang.Tapi bila dah lama-lama tu siap borak-borak lagi dengan patient.Tapi ada juga patient yang tak nak bagi kerjasama.Tak nak kena periksa.Dorang tak yakin dengan kita orang kot.Al maklulah muka pun nampak sangat tak tahu apa-apa.Ada tu kita tak sempat nak examine dia, dia dah lari.Aduhaiiiiiiiiiiiiiii.Melepas lah.Tapi ada je patient yang best giler.Siap doakan kita orang dan tolong kita orang buka mata dia lagi.WE LOVE YOU MAK CIK AND PAKCIK.

Kita orang dah habis dah round Ophtahl dan sekarang ni masuk ENT.ENT pun best.Tapi ENT kita cerita lain kali lah.BEST BEST BEST sangat masuk tahun empat ni.Rasa dah jadi A REAL DOCTOR dah.Tapi tahun empat ni lah menyedarkan aku bahawa banyaknya dah fakta yang aku belajar masa tahun satu dua dan tiga aku dah lupa.Hhhmmm kena buka buku tahun-tahun lepas balik ni.

Jum layan gambar-gambar masa hari last kita orang round Ophthal


Nilah kitab ajaib untuk Ophthal.So jangan nak tanya lebih-lebih k.Dah jelas-jelas dia tulis kat situ BASIC OPHTHALMOLOGY.So kita orang study yang basic-basic je


Serius giler dorang ni deal dengan patient



Nilah doctor kita orang DOCTOR RANIA.Dia hebat.Kalau mengajar dia boleh buat kita tak lari fokus




Hahaha ni paling mantop.MODEL SLIT LAMP.Tapi sayang doctor tak ajar pun guna.Doctor kata untuk doctor macam kita orang tak delah sampai ka tahap guna binatang ni


Our classroom.Memang kerusi mengajak kepada ketiduran.Sangat empuk


Kawan kita orang from Palestin.RAWAN AND RUA.Dorang ni macam kembar siam.Tak pernah nampak berpisah


Nilah class mate aku.Dorang ni semua sporting and aupportive giler


Ni pulak budak-budak kumpulan aku.Group 2


Doctor-doctor yang kawal macho (ntah macho ntah tidak.Korang nilai lah sendiri)


We will miss this centre

No comments:

Post a Comment