Sunday 23 December 2012

SURAT BUAT ADEKKU

Alhamdulillah.Tadi dapat bangun awal seperti mana yang di harapkan.Walaupun semalam ada masalah kesihatan.Perut meragam.So tadi bangun awal dan gerak awal dari rumah ke kelas.Berjalan lah kaki ini menuju ke menara gading dengan sahabat yang sentiasa berada di samping dalam susah dan senang.Dalam borak-borak tu terkeluar satu isu yang rasanya dah jadi macam fenomena dah sekarang ni iaitu:

KAHWIN AWALLLLLLLLLLLLLLLLL

Dalam borak-borak itu aku dan sahabat ku mengeluarkanlah pendapat masing-masing.Macam-macamlah benda yang kami borakkan mengenai isu ni.Ada pendapat kami yang sama dan ada juga yang berbeza.Tapi apa yang dapat aku simpulkan ialah:

NAK KAHWIN AWAL TU BOLEH.TAK DE MASALAH.KO TAK LANGGAR PERATURAN AGAMA ATAU MANA-MANA PERTAURAN PUN.TAPI MASALAHNYA IALAH BILA KO BERHENTI STUDDDDDDDDDYYYYYYY

Itu yang aku dan sahabat aku tak boleh terima.Ada satu kes kat Malaysia.Pengantin lelaki 19 tahun dan pengantin perempuan 12 tahun.12 tahun dah berhenti sekolah.Allahhhhhhhhhhhh.Apa je lah ilmu yang ko dah ada tu cik adek oiiiiiiiii.Akak ni bukan apa.Kalau adek nak kahwin tak de masalah.Akak malah bangga lagi walaupun adek dah langgar bendul.It's ok my dear.Tapi masalahnya KENAPA ADEK BERHENTI SEKOLAH?

 Ni akak nak adek baca sikit surat dari akak untuk adek yang akak sayangi:


Salam adekku.Apa kabar?Tahniah atas perkahwinan adek.Cuma akak nak comment sikitlah pasal tindakan adek berhenti sekolah.Adek, akak tak rasa persekolahan akan ganggu rumah tangga adek.Kat sini, tempat akak study banyak sangat yang dah kahwin tapi still go on dengan study dorang.Ok je.Padahal dorang tu study Medik k.Lagi susah dari adek yang akan study dubjek sekolah menengah je.Meh akak bagi tau kenapa akak tak setuju adek berhenti sekolah.

Ok mungkin adek yakin yang suami adek boleh sara adek dan tak akan tinggalkan adek.Ok akak memang  mengharapkan yang itu.SEMOGA ADEK KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT.Tapi adek jangan ingat yang adek akan berseorangan dan memerlukan adek untuk berdiri di kaki sendiri hanya disebabkan suami adek tinggalkan adek.Ada banyak sebab lagi dek.Contohnya suami adek pergi menemui Allah lebih dulu dari adek.Boleh jadi juga something happen pada suami adek macam kemalangan ke or whateverlah yang memaksa suami adek tak dapat bekerja.Takkan adek nak biarkan je suami adek tak makan apa-apa?Takkan nak mengaharapkan belas kasihan orang lain je?Sampai bila?Mestilah adek yang kena ambil tugas sebagai ketua keluarga.Adek kena kerja.Dan untuk cari kerja zaman sekarang ni at least adek ada sijil SPM.ITU YANG ADEK KENA FIKIRKAN.

Adek sebenarnya akak terkejut sangat bila baca pasal perkahwinana adek tu.Biar betul?12 tahun dah kahwin?akak yang dah 21 tahun ni pun masih yakin tak yakin je nak masuk alam rumah tangga tu.Adek tak rasa ke nak rasa mcam kawan-kawan adek yang lain?Masuk sekolah menengah.Rasa zaman remaja.Rasa alam kolej alam kerjaya.Tak nak rasa ke dek?Tapi tak apalah semua ni mesti ada hikmahnya kan?Kan RANCANGAN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK RANCANGAN.So akak doakan yang terbaik buat adek dan suami.Cuma akak nak bagi nasihat sikit.Bukan bab rumah tanggalah sebab akak memang zerolah kalau bab tu.Tapi akak nak bagi nasihat sikit pasal dunia yang bakal adek tempuh which is alam dewasa.Akak dah rasa dah.

Adek sedangakan zaman akak je sekarang ni segala-galanya nak tengok sijil dan tahap pendidikan.Kalau zaman adek nanti akak rasa lagilah.So walaupun adek dah tak  sekolah dah tapi rajin-rajinlah cari ilmu tu sendiri.Pergilah mana-mana kursus ke.Cuba cari ilmu kemahiran.So dengan kemahiran tu adek boleh lah gunakan untuk perniagaan.Macam kelas menjahit ke kelas memasak ke gubah bunga ke.Apa-apalah yang available.Kelas agama pun jangan lupa.Sebab nanti adek akan mendidik anak-anak adek.Hhhmm akak rasa tu jelah.

Akak nak minta maaf kalau akak menyinggung perasaan adek.Tapi sumpah akak langsung tak bangkang adek  kahwin.Maknanya jodoh adek awallah.TAHNIAH.Tapi akak kurang senang dengan tindakan adek berhenti sekolah.Tapi apa-apa pun akak rasa adek ada alasan adek tersendiri.Cuma satu je jangan pernah adek jadikan alasan kahwin tak nak belajar.Belajar tak semestinya pergi sekolah.Jangan kotorkan kemuliaan perkataan KAHWIN.

sekian dari akak......
yang benar,
kakak mu      

Hhhmm aku tak rasa pun budak tu baca tapi tak apalah.Kalau ada sapa-sapa yang ada situasi sama dengan dia ni boleh lah ambil pengajaran dari apa yang aku tulis ni.Hhhhhhmm betul juga kata kawan aku.Sekarang ni semua dah balik zaman dulu.Bukan je fesyen-fesyen retro jadi kegilaan tapi fenomena kahwin awal macam dulu-dulu pun dah jadi trend.Cuma dulu-dulu boleh lah hidup kalau sekolah setakat darjah 6.Sekarang lepasan SPM pun terkapai-kapai nak hidup

INGAT LEVEL PELAJARAN TAK MENENTUKAN MASA DEPAN KITA YANG CERAH TAPI LEVEL PELAJARAN MENENTUKAN SUSAH SENANGNYA KITA NAK MANCAPAI MASA DEPAN YANG CERAH


SEMOGA KEKAL SELAMANYA

No comments:

Post a Comment